suria

“Mahathir ingatkan saya kepada Lee Kuan Yew” - Goh

Tun Dr Mahathir Mohamad. -fotoREUTERS

SINGAPURA: Perkembangan politik semasa di Malaysia telah menarik perhatian Goh Chok Tong, Perdana Menteri Singapura yang kedua menggantikan Lee Kuan Yew.

Apabila menyaksikan Mahathir bertarung dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mengingatkan saya kepada ungkapan terkenal Lee Kuan Yew, 'walau dari katil tempat saya terbaring sakit, walaupun anda akan menurunkan saya ke liang kubur dan saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, saya akan bangkit."

"Kita harus menghormati Mahathir atas atas kehendak dan usahanya yang bersemangat waja untuk bertarung bagi membetulkan apa yang difikirkannya sebagai ada sesuatu yang tidak kena berlaku di negaranya," menurut catatan dalam laman Facebook beliau.

Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah memenangi PRU14 yang baru berakhir.

Dr Mahathir, 92, telah mengangat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang ketujuh di Istana Negara di Kuala Lumpur, Khamis.

Beliau disifatkan sebagai perdana menteri tertua di dunia yang dipilih semula.

Chok Tong berkata Dr Mahathir dan rakan-rakan dan gabungan telah mencapai kemenangan yang menakjubkan.

"Tahniah kepada mereka atas kejayaan ini, dan kepada (Dr) Mahathir kerana menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi kali kedua," katanya.

Chok Tong menarik perhatian dengan menyatakan bahawa 'apa sahaja yang berlaku di seberang tambak memberi kesan pihak yang lain."

Ini adalah detik yang bersejarah dan belum pernah berlaku sebelum ini bagi jiran terdekat kita.

"Kita mengucapkan selamat berjaya, dan menawarkan kepada Mahathir dan kerajaan baharu semangat muhibah dan persahabatan yang berterusan," kata beliau dan mengakhirinya dengan singkatan nama GCT.

Chok Tong menjadi perdana menteri Singapura yang kedua selama hampir 14 tahun dari 1990 hingga 2004.
-Bernama

Lee Kuan Yew, Tun M, Goh Chok Tong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

BN Sabah dalam bahaya!

Artikel Lain