suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN Sabah dalam bahaya!

KOTA KINABALU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah dalam kedudukan bahaya, kehilangan majoriti dalam 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya 12 jam selepas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah pada pukul 11.15 malam Khamis di Istana Negeri.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah, Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Hamisah Samat (Tanjong Batu) tiba pada pukul 12.15 tengah hari Jumaat di kediaman Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di  Taman Golf Review.

Mereka berdua dipercayai ingin menyertai Warisan dan sumber memberitahu bahawa tiga daripada lima Adun yang kononnya membelot masih bersama dengan presiden parti, Datuk Seri Madius Tangau.

Sebelum ini, lima Adun daripada parti yang diterajui Madius meninggalkan BN Sabah pada Khamis.

Jika ia berlaku, majoriti mudah sebanyak 31 kerusi yang dimenangi Musa akan berkurangan kepada 26 kerusi kerana semakin banyak wakil rakyat Umno dan PBS dijangka akan menyertai Warisan.

Musa mengangkat sumpah di hadapan Yang Di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin walaupun terdapat keraguan sama ada Musa memegang majoriti dalam 60 kerusi DUN.

Barisan Nasional, BN

Artikel Lain