SPR, SPRM, Apandi Ali dalam radar Tun M - Semasa | mStar

SPR, SPRM, Apandi Ali dalam radar Tun M

PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menyiasat agensi dan pegawai kanan awam yang terlibat dengan skandal salah laku dan rasuah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, antara agensi yang akan disiasat termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

SPR diterajui oleh Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, manakala SPRM dibawah pimpinan Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad

"Ketika ini peguam negara telah menjejaskan kredibilitinya kerana menyembunyikan bukti salah laku. Itu salah dari segi undang-undang.

"Kita juga akan teliti sama ada SPRM (pengerusi) telus atau tidak.

"Begitu juga dengan SPR (pengerusi), jika kita dapati beliau terlibat dalam rasuah atau tidak adil maka kita akan ambil tindakan terhadap beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, pagi Jumaat.

Ditanya sama ada beliau akan melakukan rombakan terhadap SPRM, Dr Mahathir berkata, sekiranya badan bebas itu didapati tidak berlaku adil maka ia terpaksa dilakukan.

"Jika kita dapati mereka menyebelahi mana-mana pihak termasuk kami, kami akan melakukan pertukaran," katanya.

"Seperti yang dijanjikan, semua ketua (agensi) utama yang baru akan disaring oleh Parlimen," katanya.

Dr Mahathir berkata perkara itu dilakukan bukan kerana dendam tetapi sebarang tindakan yang diambil ke atas ketua agensi adalah berdasarkan undang-undang negara ini.

"Kami perlu berunding dengan pentadbir dan peguam untuk mengetahui sama ada apa yang kita lakukan selari dengan undang-undang negara ini," katanya.

Tun M , SPRM , SPR

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain