suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin selesai menghadap Sultan Johor

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Muhyiddin di Istana Pasir Pelangi, hari ini. Foto: Facebook SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

JOHOR BAHRU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Muhyiddin dilihat meninggalkan istana kira-kira pukul 1 petang.

“Pertemuan cukup baik, pertemuan yang cukup mesra,” katanya kepada pemberita sebaik sahaja keluar dari istana sebentar tadi.

Timbalan Presiden PH itu dijangka mengadakan sidang media di Senai sekitar pukul 3 petang selepas menunaikan solat Jumaat.

Pertemuan itu difahamkan bagi memohon perkenan Sultan Johor membentuk kerajaan negeri serta pelantikan menteri besar bagi negeri ini.

Pada PRU14, Muhyiddin berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pagoh selain memenangi dan merampas kerusi DUN Gambir.

Sebelum itu, Muhyiddin tiba di Istana Pasir Pelangi bagi menghadap Sultan Johor, kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

Harapan berjaya memenangi 36 kerusi DUN sementara BN meraih 19 kerusi DUN dan PAS satu kerusi. - Sinar Online

Muhyiddin Yassin, Sultan Johor

Artikel Lain