suria

Sultan Nazrin terima menghadap pemimpin PH Perak

IPOH: Berita Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima menghadap pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Istana Kinta telah menarik kehadiran penyokong parti politik itu.

Sekumpulan penyokong PH  telah berkumpul di luar istana dengan mengibarkan bendera PKR sementara menunggu kedatangan barisan kepimpinan PH yang dijadualkan petang ini.

Anggota polis juga dilihat mengawal kawasan berkenaan berkenaan untuk menjamin keselamatan semua.

Pengerusi PH Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, pertemuan itu bagi memaklumkan kepada Sultan berhubung jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti berkenaan.

Pemimpim PH yang memasuki istana berkenaan adalah ketua parti negeri iaitu Ahmad Faizal (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Nga Kor Ming (DAP), Dr Mohd Nor Monutty (PKR) dan Asmuni Awi (Amanah).

Ketua Polis Perak, Komisioner Datuk Hasnan Hassan telah meninggalkan istana pada 3.10 petang.

PH memenangi 29 kerusi, Barisan Nasional (27) dan tiga bagi PAS. Bagaimanapun belum jelas pihak mana yang dapat menubuhkan kerajaan negeri.





PH, Sultan Nazrin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain