suria

Trump ucah tahniah kepada Tun M

PETALING JAYA: Presiden Amerika Syarikat (AS) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Rumah Putih yang dimuat naik oleh Facebook Kedutaan AS Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dr Mahathir mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara pada Khamis.

Kenyataan tersebut turut mengandungi ucapan tahniah Trump kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 itu.

Ia turut menambah bahawa AS akan meneruskan kerjasama erat dengan Malaysia untuk menguatkan lagi hubungan Perkongsian Komprehensif AS-Malaysia dan berbincang tentang cabaran antarabangsa serta rantau bersama.

Kenyataan rasmi Trump dari Rumah Putih.

Donald Trump

Artikel Lain