suria

SPR mohon maaf, siasat isu kertas undi pos lewat & tidak sampai

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah memohon maaf kepada pengundi lewat atau tidak menerima kertas undi pos mereka.

Malahan, beliau juga memberi jaminan SPR akan menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

“SPR menerima aduan bahawa ada pengundi pos yang tidak menerima kertas undi serta beberapa isu lain yang berbangkit.

“SPR memandang serius perkara ini dan akan menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang media, di sini Rabu.

Sebelum ini, mStar Online serta media tempatan lain melaporan mengenai rakyat Malaysia di luar negara yang mengadu kertas undi pos mereka lewat diterima.

Malahan ada yang bertindak ke lapangan terbang di negara asing untuk mendapatkan bantuan sesiapa sahaja yang akan menaiki pesawat ke Kuala Lumpur untuk membantu menyerahkan kertas undi mereka kepada pegawai pengurus pilihan raya.

Mohd Hashim berkata, pihaknya juga berharap sebarang ketidakpuasan hati mana-mana pihak terhadap SPR dikemukakan secara rasmi.

"Tugas yang dilakukan SPR melibatkan undang-undang, jadi lebih baik aduan dikemukakan supaya siasatan dapat dijalankan terhadap sebarang masalah yang timbul," katanya.


SPR, Hashim, undi pos

Artikel Lain