Percepat kayuhan demi tanggungjawab mengundi - Semasa | mStar

Percepat kayuhan demi tanggungjawab mengundi

Wan Hashim ketika memulakan kayuhannya pada Majlis Pelepasan Kayuhan Solo 'Visit Kota Bharu 2018' jelajah Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand dan Singapura di Dataran Bandaraya pada 7 April lalu. - fotoBERNAMA

KOTA BHARU: Tindakan nekad pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 73, mempercepatkan kayuhan basikalnya menjelajah selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura berbaloi apabila sempat mengundi pada pilihan raya ke-14 (PRU14) hari ini.

Mengikut perancangan asal, Wan Hashim dijadual menamatkan penjelajahan berbasikal kali ketujuh itu dengan jarak 2,800 kilometer pada 11 Mei ini selepas memulakan kayuhan solo 7 April lepas.

“Namun demi memastikan dapat mengundi saya memendekkan waktu rehat di beberapa transit dan berjaya sampai tepat pada hari penting ini. Memang ia agak memenatkan tetapi bagi saya ia sungguh berbaloi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengundi di Maktab Sultan Ismail di sini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong dan Parlimen Kota Bharu sebaik tiba pukul 1 tengah hari.

Wan Hashim yang kelihatan cergas dan bersemangat itu terus ke pusat pengundian sebelum pulang ke pangkuan keluarganya di Kampung Telipot yang terletak berdekatan.

Beliau, yang masih lengkap berpakaian sukan, hadir berbasikal ke pusat pengundian berkenaan kelihatan gembira dan lega selepas tanggugjawab mengundi dilaksanakan.

Kayuhan solo itu sekali gus memberi peluang kepada warga emas ini menambah satu lagi koleksi kejayaannya apabila bakal menerima pengiktirafan kali keempat oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Pengayuh Basikal Tertua Mengelilingi Semenanjung Malaysia.

Wan Hashim berkata kembaranya kali ini agak mencabar berikutan cuaca yang sangat panas selain cabaran mendaki tiga kawasan tinggi iaitu Bukit Broga, Selangor; Bukit Fraser, Pahang dan Gunung Jerai, Kedah.

"Alhamdulillah saya berjaya menempuh semua cabaran dengan stamina yang dimiliki hasil latihan berbasikal yang menjadi amalan setiap hari sebelum melakukan penjelajahan," katanya. - BERNAMA

PRU14 , Wan Hashim Wan Mahmood

Artikel Sebelum

‘Bonda masih marah Nik Omar’

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain