suria

Fahmi bertembung dengan Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR: Pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai beratur panjang sementara menunggu giliran untuk memangkah parti pilihan mereka.

Pusat pengundian di 18 daerah di Lembah Pantai dipenuhi orang ramai sejak pukul 6 pagi lagi kerana rata-rata pengundi mahu menyelesaikan tanggungjawab mereka lebih awal.

Di SMK Seri Pantai, Kampung Kerinchi, calon PKR Fahmi Fadhil tiba kira-kira pukul 8.30 pagi untuk membuang undi.

Barisan sepanjang 500 meter dapat dilihat dari jalan utama di Jalan Kerinchi sehingga ke dalam sekolah tersebut.

Fahmi sempat beramah mesra dan bergambar dengan pengundi yang sedang menunggu giliran masing-masing.

Situasi sedikit janggal apabila calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hadir pada waktu yang sama dan kedua-dua mereka bertemu dekat koridor sekolah terbabit.

Raja Nong Chik sepatutnya mengundi di SMK Bukit Bandaraya pada tengah hari tetapi berada di SMK Seri Pantai untuk bertemu pengundi.

Fahmi turut menggunakan kesempatan itu untuk memaklumkan mengenai rungutan yang diterimanya mengenai beberapa pusat pengundian masih belum menerima undi pos mereka.

Namun tiada respons daripada Raja Nong Chik yang pantas beredar meninggalkan pusat pengundian tersebut.

PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain