suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin, Ismail selesai tunai tanggungjawab

MUAR: Calon PKR Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkesempatan menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muar, di sini, sebentar tadi.

Beliau bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di pusat mengundi kira-kira jam 8.30 pagi.

Sementara itu, calon BN Parlimen Pagoh, Ismail Mohamed juga turut melaksanakan tanggungjawabnya di Sekolah Kebangsaan Temiang, di sini.

Terdahulu, Ismail tiba pada jam 8 pagi sebelum beratur bersama-sama pengundi lain dan selesai membuang undi kira-kira 30 minit kemudian.

PRU kali ini menyaksikan Parlimen Pagoh menjadi antara kerusi panas apabila pertembungan Muhyiddin dengan bekas anak didiknya, Ismail serta calon Pas, Ahmad Nawfal Mahfodz.-Sinar Harian

Tan Sri Muhyiddin Yassin, PRU14

Artikel Berikut

Artikel Lain