suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

30 rumah setinggan di Kampung Panji terbakar

Foto dari Facebook.

SEMPORNA: Kira-kira 30 rumah setinggan terbakar di Kampung Panji di sini, lewat malam Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan pagi Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.48 malam Rabu mengenai kebakaran rumah setinggan dan dua jentera bersama 12 anggota dihantar ke lokasi.

Menurut kenyataan itu, semua rumah dalam keluasan 0.3 ekar itu terbakar sepenuhnya, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Operasi memadam kebakaran tamat pada 2.48 pagi dan punca kebakaran serta anggaran kerugian disiasat. - Bernama

rumah setinggan, kampung panji

Artikel Lain