suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan harap menang PRU14 kalau tak tolong baiki kereta!

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Seorang calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mendakwa dirinya diugut oleh seorang individu yang mahukan bantuan kewangan daripadanya.

"Dia kata keretanya rosak dan meminta RM150 untuk dipindahkan segera bagi membolehkan dia membaiki kereta.

"Dia memberikan saya nombor akaun banknya. Saya beritahu dia bahawa saya seorang calon dan tidak boleh berikan bantuan seperti itu," kata Teh Swee Leong, calon Pakatan Harapan untuk kerusi Kota Darul Aman.

Swee Leong

Swee Leong memberitahu pemberita pada Rabu bahawa beliau dihubungi lelaki itu menerusi WhatsApp dan mendakwa merupakan anggota DAP.

Lelaki terbabit menghubungi beliau beberapa kali.

Bagaimanapun, Swee Leong berkata bahawa beliau tidak mengangkat panggilan itu kerana sedang berkempen di Taman Berjaya.

Pagi Rabu, Swee Leong menerima pesanan berbentuk amaran yang ditulis dalam bahasa Mandarin.

"Swee Leong, anda berada dalam kawasan saya.

"Bagaimana anda akan menarik pengundi? Saya akan pastikan anda tidak akan menang pada hari mengundi kerana anda tidak menolong saya.

"Saya akan bawa isu ini ke laman sosial dan membiarkan ia tular," kata pesanan tersebut.

Beliau kemudiannya membuat laporan polis di balai Kota Setar.

PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain