suria

Jangan Percaya Khabar Angin 17,000 Pelajar Gagal Subjek Sejarah SPM 2017

PETALING JAYA: Kementerian Pelajaran menafikan khabar angin yang mendakwa seramai 17,000 pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 gagal subjek Sejarah.

Khabar angin itu disebarkan melalui laman sosial.

"Lembaga Peperiksaan belum membuat pengumuman mengenai SPM 2017," menurut kenyataan kementerian itu pada Rabu.

Pihak kementerian turut menasihati agar orang ramai untuk tidak mempercayai khabar angin itu sambil menambah bahawa pemberitahuan akan dibuat apabila keputusan bersedia untuk dikeluarkan.

Pihaknya turut menggesa orang awam untuk menghubungi kementerian sekiranya terdapat soalan berhubung perkara tersebut.

Sejumlah 443,883 calon telah menduduki SPM di 3,363 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 2017.

SPM

Artikel Lain