Fitbit Ionic Buat Anda Lebih Sihat, Yakin, Bergaya - Semasa | mStar

Fitbit Ionic Buat Anda Lebih Sihat, Yakin, Bergaya

Fitbit Ionic bukan sahaja sesuai digunakan sewaktu membuat aktiviti kecergasan, malah sesuai digayakan sepanjang hari.

MENGIKUT perangkaan terbaharu, sebanyak 38.5 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan.

Yang pasti, ramai antara kita yang malas untuk bersenam. Jika rajin sekalipun, ia biasanya dilakukan secara tidak sistematik.

Kini, anda tidak perlu risau lagi!

Dengan adanya jam pintar dan penjejak kecergasan (fitness tracker) Fitbit Ionic yang dilancarkan di Malaysia 30 Januari, aktiviti sihat anda pastinya akan menjadi lebih senang dan teratur.

Menurut Pengarah Pemasaran Produk Fitbit, Alexander Healy, pengenalan model baharu Fitbit Ionic bertujuan menjadikan aktiviti kecergasan sebagai satu rutin harian yang mudah dan dapat dilakukan secara lebih sistematik.

"Dengan Ionic, kami mahu tampilkan jam pintar yang berbeza. Apa yang penting, ia bukan sahaja fokus kepada ciri kecergasan semata-mata namun boleh juga digayakan untuk kegunaan harian," katanya kepada mStar Online.

Fitbit Ionic tampil dengan pilihan warna yang menawan.


Model terbaharu Fitbit Ionic bukan sahaja menjanjikan pembaharuan dari segi rekaan malah ia turut tampil dengan ciri-ciri yang canggih dan sesuai dengan gaya hidup moden.

Paling menarik, rekaannya tidak kelihatan terlalu 'sporty' dan ia sesuai digayakan dalam apa jua acara dalam kehidupan seharian anda.

Ini kerana ia didatangkan dengan ciri tali yang boleh ditukar mengikut keselesaan pengguna.

Maka, anda kini tidak perlu risau lagi untuk membeli jam yang berbeza bagi tujuan kecergasan dan kegunaan harian.

Antara ciri menarik model terbaharu ini ialah ia kalis air dan boleh dibawa menyelam sehingga kedalaman 50 meter. Menarik bukan?

Dua personaliti kecergasan popular, Dr Shazril Shaharuddin dan Joanna Soh turut menggunakan Fitbit Ionic.

Jadi, selepas melakukan rutin kecergasan di gim misalnya, anda tidak perlu risau untuk membuka jam kerana ia boleh dipakai sewaktu mandi.

Bukan itu sahaja, jam pintar ini juga berupaya memantau kecergasan anda secara lebih mendalam dan tepat, berbanding penjejak kecergasan biasa.

Antara fungsi yang diketengahkan ialah dynamic personal coaching yang akan memberi panduan kepada anda sewaktu melakukan rutin kecergasan.

Selain itu, ia turut tampil dengan fungsi purepulse heart rate yang berupaya mengira degupan jantung anda dengan lebih tepat.

Lebih mengagumkan, ketahanan jangka hayat bateri Fitbit Ionic mampu bertahan sehingga lima hari dengan penggunaan maksimum 10 jam sehari.

Untuk menjadikan aktiviti kecergasan lebih menyeronokkan, anda juga boleh menyimpan sehingga 300 lagu dalam peranti Ionic anda, selain mempunyai GPS.

Sementara itu, Ionic juga boleh diselaraskan dengan produk Fitbit yang lain seperti fon kepala tanpa wayar Flyer dan skala penimbang berat badan pintar Aria.

Maka, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Segalanya berada di pergelangan tangan anda.

Hidup sihat dengan penuh gaya, pastinya Fitbit Ionic.

Artikel Sebelum

"Produk Kami Sesuai Untuk Semua" - Pekerja

Artikel Berikut

Artikel Lain