Biar Polis Jalankan Siasatan - Sin Woon

Sin Woon menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Dua. - Bernama

SEREMBAN: Biarkan pihak polis melengkapkan siasatan ke atas kematian pelajar berusia 14 tahun yang dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru, kata Datuk Chong Sin Woon.

Timbalan Menteri Pendidikan itu meminta agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi.

"Kebenaran akan terbukti selepas polis selesai menjalankan siasatan, jadi hentikan spekulasi," katanya selepas memberikan bantuan sekolah kepada murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hua di sini pada Khamis.

Chong turut mengingatkan agar para guru mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah masalah sama daripada berulang.

"SOP ini adalah untuk melindungi para guru dan pelajar.

"Selagi kita mengikut prosedur, kita tidak akan berdepan masalah yang tidak diperlukan di sekolah," tambah beliau.

Seorang pelajar tingkatan dua membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Gadis malang itu meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya pada pukul 3.30 pagi Khamis.

Dia cuba menggantung dirinya di rumah menggunakan sehelai selendang selepas beberapa jam dituduh mencuri telefon bimbit gurunya pada Rabu lalu.

Mangsa meninggalkan sekeping nota kepada kedua-dua ibu bapanya untuk memberitahu bahawa dia tidak mencuri telefon tersebut.

Mangsa merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik dan turut berkata, dia tidak mahu menyusahkan keluarganya dengan sebarang masalah.

Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi dan disahkan mengalami kerosakan otak.

Artikel Sebelum

Ini Yang Terjadi Jika Kepala 'Kaw' Syabu

Artikel Berikut

"Produk Kami Sesuai Untuk Semua" - Pekerja

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain