Mesej Tular Pelajar Kena Wabak H1N1 Palsu! - Semasa | mStar

Mesej Tular Pelajar Kena Wabak H1N1 Palsu!

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Sebuah mesej yang tular mendakwa seorang pelajar di Negeri Sembilan dijangkiti virus H1N1 atau selsema babi adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kata beliau, pelajar itu yang berasal dari Kuala Pilah disahkan mengalami influenza A yang tersebar melalui saluran pernafasan.

"Pada 10 Januari, sebuah sekolah di Jempol melaporkan terdapat dua pelajar mengalami demam, batuk, sakit tekak dan selsema.

"Ini adalah kluster pertama 'penyakit mirip Influenza' (Ili) yang dilaporkan di sebuah sekolah di Negeri Sembilan dan sejak itu tiada wabak Ili dilaporkan," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.

Dr Noor Hisham mengingatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan berita palsu dan menganggap ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab kerana menyebabkan suasana panik dalam kalangan masyarakat. - Bernama

H1N1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta