suria

Pergerakan Undi Rosak Tidak Jejaskan Pakatan

KUANTAN: Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak merasakan kempen #undirosak akan meninggalkan kesan yang signifikan terhadap pakatan pembangkang.

Beliau berkata, kebanyakan rakyat Malaysia mahukan perubahan biarpun pergerakan tersebut tidak bersetuju dengan pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan.

"Kami tidak mahu pengundi memboikot pilihanraya kerana ia adalah hak mereka untuk mengundi. Setiap undian adalah berharga," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan penutupan konvensyen Pakatan pada Sabtu.

Beliau turut mengakui bahawa ahli pakatan mempunyai perasaan tentang kisah silam Dr Mahathir dan Wan Azizah berkata ia adalah masa untuk mereka maju ke depan.

Pergerakan tersebut menggalakkan pengundi untuk melakukan pilihan ketiga dengan merosakkan undi sebagai tanda enggan menyokong Barisan Nasional atau Pakatan.

Wan Azizah, Pakatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain