suria

Akibat Suka Tayang Duit 'Live', Peniaga Ditembak Tiga Lelaki Bertopeng

Seorang peniaga yang gemar memuat naik penstriman langsung menunjukkan barangan kemas dan wang tunai ditembak sekumpulan perompak pada Jumaat malam. - Facebook/ Anakanda Rasuul Mmc

PASIR MAS: Seorang peniaga barangan kemas dan kosmetik secara dalam talian cedera di betis kanan selepas ditembak sekumpulan perompak di pejabatnya di Banggol Kulim di sini, Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Abdullah Mohammad Piah berkata dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, mangsa Mohd Irfan Abdullah, 26, ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah di tingkat atas manakala pintu bawah premis berkenaan dikunci oleh perompak terbabit.

“Suspek turut membawa lari barang kemas milik mangsa bernilai RM150,000 serta wang tunai RM8,000,” katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Mohd Irfan Abdullah.

Abdullah berkata pemeriksaan di tempat kejadian menemui peluru 9 milimeter dan mangsa dipercayai ditembak selepas diugut oleh penjenayah itu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu didalangi tiga lelaki bertopeng yang menaiki kereta Perodua Kancil berwarna putih.

Mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk rawatan. - Bernama

Facebook live, rompakan

Artikel Lain