Bersatu Mahu Jawatan PM - Semasa | mStar

Bersatu Mahu Jawatan PM

Muhkriz bersama Mahathir dalam Perhimpunan Agung Bersatu pada Sabtu.Foto kredit: Sinar Harian

SHAH ALAM: Bersatu memang mahukan jawatan perdana menteri, namun ia bukan untuk tujuan 'glamor' semata-mata.

Sebaliknya Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tuntutan ke atas jawatan itu dibuat parti kerana Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pemimpin paling layak untuk memegang jawatan tersebut.

"Jawatan Perdana menteri bukan semata-mata kerana kuasa, sebaliknya jawatan itu penting kerana bagaimana seseorang yang menjawat jawatan itu menggunakan kuasa untuk kepentingan rakyat.

"Kuasa perdana menteri itu memberi impak besar kepada rakyat."Jika seorang perdana menteri itu menyalahgunakan kuasa, bebannya akan ditanggung rakyat berpuluh tahun lamanya," katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Bersatu, pada Sabtu.

Menurutnya lagi, negara memerlukan pemimpin yang berpengalaman dan ada rekod cemerlang serta mampu menyelesaikan krisis semasa.

"Nak menangani kerosakan institusi kerajaan, kerosakan imej negara, rasuah tahap gaban, semua ini bukan kerja mudah.

"Jangan sesiapa nampak seorang perdana menteri itu dengan kuasanya sahaja, sebaliknya jawatan itu diisi dengan amanah dan tanggungjawab," katanya lagi. -Sinar Harian

Artikel Sebelum

Remaja Melecur Main Pemetik Api

Artikel Berikut

Kesan Penggunaan Dadah Guna Sampel Rambut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain