Remaja Melecur Main Pemetik Api - Semasa | mStar

Remaja Melecur Main Pemetik Api

Gambar hiasan.

SEREMBAN: Seorang remaja lelaki 13 tahun melecur kira-kira 10 peratus pada badan dan telinga akibat bermain pemetik api di ruang tamu rumahnya di Taman Politeknik Port Dickson pada Sabtu.

Pegawai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang Mazlan Hamid berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.09 petang dan sepasukan enam anggota bersama satu jentera tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

“Kanak-kanak tersebut yang tinggal berseorangan ketika ibu dan bapanya bekerja, dipercayai bermain dengan pemetik api sehingga menyebabkan longgokan kain di ruang tamu rumahnya terbakar.

"Bagaimanapun api tidak merebak dan berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba," katanya kepada Bernama.

Mangsa kemudiannya dihantar oleh ambulans ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.- Bernama

Pemetik api

Artikel Sebelum

Hargai Bantuan Selamanya

Artikel Berikut

Bersatu Mahu Jawatan PM

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

6 polis cedera helikopter terhempas