Kenali Musang King, Elak Jadi Mangsa Tipu - Semasa | mStar

Kenali Musang King, Elak Jadi Mangsa Tipu

KUALA LUMPUR: Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi, sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit.

Penolong Pengarah Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Serdang Mohd Auzaie Komarudin berkata ini merupakan antara ciri-ciri utama durian D197 yang didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 1993.

Beliau berkata masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang, yang bermaksud raja kucing gunung iaitu merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip posisi seekor kucing sedang tidur.

“Panggilan itu terus digunakan secara meluas sehingga perkataan ‘Mao Shan' ditukar kepada sebutan Musang dan ‘Wang' ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai Musang King hingga kini,” katanya mengenai durian itu yang banyak didapati di sekitar Raub, Pahang.

Beliau berkata untuk itu, pembeli perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli durian Musang King supaya tidak ditipu penjual.

“Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan bintang pada bawah buahnya,” katanya kepada ketika ditemui di Ladang Bandar Jabatan Pertanian, Serdang.

Mohd Auzaie berkata isi durian Musang King lebih tebal ditambah rasa lemak yang sedikit pahit dan bijinya pula kecil berbanding baka lain.

“Musang King cukup diminati penggemar durian sehingga dijual agak mahal bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain.

"Malah terdapat sesetengah peniaga cuba mengaut keuntungan mudah dengan mendakwa menjual Musang King, walhal ia merupakan baka lain,” katanya.

Beliau berkata pembeli perlu memeriksa ciri-ciri durian itu terlebih dahulu sebelum membelinya bagi mengelakkan ditipu.

Bagi mengenali baka anak pokok Musang King pula, beliau berkata pokok duriannya memiliki daun yang lebih nipis, berbentuk tirus dan sedikit beralun.

"Anak pokok ini sesuai untuk ditanam di tanahterbuka apabila sudah mempunyai sekurang-kurangnya lapan helai daun dan kebiasaannya hasil tanaman boleh mula dinikmati seawal lima tahun setelah ditanam,” katanya. - BERNAMA

musang king

Artikel Sebelum

Cuba Curi Bot, Remaja Diikat Pada Pokok

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?