Jangan Kau Tanya Itu Soalan Lagi... - Semasa | mStar

Jangan Kau Tanya Itu Soalan Lagi...

“SEMUT berjalan satu-satu, hoora, hoorey,” nyanyi Rohaizad ketika berlegar di dalam kabin pesawat. Aku yang sudah memang ada di dalam memandang dia yang tersengih macam kerang busuk.

“Hai Bal!” tegur dia. Dan ya, masih tersengih macam kerang busuk.

Aku sekadar memandang dia tanpa sebarang reaksi. Entah kenapa, rasa macam mahu sahaja aku menarik-narik rambut dia yang terpacak semacam.

Hiruk-pikuk di dalam kabin yang dipenuhi dengan manusia dari pelbagai bangsa dan bahagian kerja menyesakkan keadaan.

Masing-masing memikul tanggungjawab yang berbeza, dan masing-masing ralit melaksanakan tugas tanpa menghiraukan keadaan yang bingit, berbau dan sesak.

Aku berjalan menuju ke belakang untuk melaksanakan tugas yang diberi sebentar tadi sambil meninggalkan Rohaizad di hadapan.

Sewaktu melewati bahagian tengah pesawat, satu susuk tubuh yang aku kenal, agak gempal dan bertopi sedang ralit bekerja.

Aku berdiri di tepi dia tanpa berkata apa-apa. Sekadar memerhati dia yang sedang tekun bekerja.



Agaknya dia sedar ada mata memerhati, dia pun menoleh dan tersengih memandang aku. Juga seperti kerang busuk.

“Bila balik lagi bang?” tegur Suhaimi tanpa memandang aku, sambil jari-jarinya tekun bekerja.

Aku tiba-tiba menyirap. Soalan ini adalah soalan wajib orang Malaysia bila berjumpa sama sendiri. Lama-lama aku jadi menyampah dengan soalan ini. 

Apa? Dah tak ada soalan lain ke kau nak tanya?

“Ha itulah orang Malaysia, asal jumpa tak ada soalan lain nak tanya. Soalan ini juga kau nak tanya?” sergah aku.

“Alah janganlah marah, sajalah nak tahu ha ha,” gelak Suhaimi.

Aku berlalu pergi meninggalkan Suhaimi dengan kerjanya. Kejap lagi sudah mahu masuk waktu rehat. Sebelum itu adalah elok jika aku dapatkan siap sedikit kerja.

Soalan Suhaimi tadi masih berlegar di dalam otak aku. Entah kenapa orang Malaysia suka sangat bertanya soalan “bila balik” ini.



Memang tidak dinafikan kepulangan mana-mana warganegara ke tanah air kadang ada menimbulkan perasaaan cemburu di kalangan kami. Malahan, kalau nak dikira, warganegara Malaysialah paling kerap pulang bercuti ke tanah air.

Isu ini pernah ditanya oleh rakan-rakan dari warganegara lain. Kenapa orang Malaysia kerap pulang? Aku lebih merasa keputusan ini lebih bersifat kehendak sendiri. Nak balik baliklah, tak nak balik pun terpulanglah.

Tetapi apabila tiap-tiap hari orang tanya bila nak balik, itu memang menyakitkan hati.

“Semut berjalan satu-satu, hoora, hoorey!” nyanyi Rohaizad sewaktu dia tiba di belakang pesawat. Aku tidak memandang dia. Tidak mahu melihat dia tersengih seperti kerang busuk.

“Dahlah wei! Jom makan!” jerit dia.

Owh! Sudah masuk waktu rehat rupanya. Tidak sedar pula waktu berlalu. Aku meninggalkan peralatan dan bersaing dengan Rohaizad menuju ke kantin.

Suhaimi sudah memang ada sewaktu aku dan Rohaizad tiba di luar. Di sebelahnya duduk seorang lelaki yang kurus dan tinggi. Berkulit sawo matang dan berjanggut yang kami panggil Wak Jerman. Aku duduk di sebelah Suhaimi kemudiannya.

“Oi Wak! Bila nak balik Malaysia?” tegur aku sambil tersengih. Dan ya, seperti kerang busuk.

"Ha... itulah orang Malaysia! Dah tak ada soalan lain ke nak tanya?!” jerkah Suhaimi sambil gelak ketawa bersambung-sambung dengan Rohaizad, sebelum sempat Wak Jerman menjawab.

Cis! Malu aku.


Wak Jerman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pesawat TUDM Mendarat Cemas Di Kuching

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain