Murid Korban Pertama Banjir Di Terengganu - Semasa | mStar

Murid Korban Pertama Banjir Di Terengganu

Pasukan bomba dan penyelamat membawa mayat mangsa. Foto @bernamadotcom

MARANG: Seorang kanak-kanak lelaki, Khalid Al-Walid Juzaiman, 12, menjadi korban pertama banjir di Terengganu apabila dia ditemui lemas di kawasan tali air di Kampung Tok Hakim, Bukit Payung di sini, pukul 1.30 tengah Selasa.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mayat pelajar itu ditemui pasukan Bomba selepas tiga jam dia dikatakan tergelincir di kawasan tali air tersebut pada pukul 10 pagi.

"Mangsa dikatakan bermain di kawasan tali air yang dilimpahi air ekoran hujan lebat sejak malam tadi. Mangsa dikatakan pergi ke kawasan tersebut bersama dua rakannya.

"Dua rakannya itu bagaimanapun terselamat namun mangsa hanyut dan dijumpai lemas pada jarak 30 meter dari lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan. - Bernama

Artikel Sebelum

Bajet 2018 Diluluskan Dewan Rakyat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Dah Samun, Rasa Bersalah?

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

TH cadang letak had dana pendeposit