Tunjuk Kemaluan, Pekebun Didenda RM2,500 - Semasa | mStar

Tunjuk Kemaluan, Pekebun Didenda RM2,500

KUALA LUMPUR: Seorang pekebun sayur didenda RM2,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa kerana berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar wanita minggu lepas.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas V.  Devadasan, 48, selepas dia mengaku bersalah berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan terhadap seorang pelajar kolej swasta berusia 18 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di Taman Maluri di sini, pada 11 malam, 21 November lepas, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman berbentuk denda yang ringan dengan alasan dia adalah penanggung utama keluarga.

"Semasa kejadian saya ingin membuang air kecil, oleh kerana kawasan tersebut tidak mempunyai bilik air saya buang di suatu kawasan gelap tanpa sedar pelajar itu melalui kawasan tersebut. Saya memohon maaf dan menyesal dengan tindakan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira faktor keselamatan awam kerana perbuatan itu tidak bermoral.

“Jika benar tertuduh tidak tahan mahu membuang air kecil, dia sepatutnya ambil tindakan yang bijak dan bertanggungjawab dengan mengambil kira kawasan sekeliling,” katanya.-- Bernama

Taman Maluri , Kanun Keseksaan

Artikel Sebelum

Bocor Maklumat: SPRM Lapor Polis

Artikel Berikut

Ku Nan Akui Celupar, Mohon Maaf

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain