Pendaratan Cemas C130 TUDM Ikut SOP - Semasa | mStar

Pendaratan Cemas C130 TUDM Ikut SOP

Pesawat angkut C130 milik TUDM membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan petang Sabtu. Foto Bernama

LABUAN: Juruterbang pesawat angkut C130 Hercules bersama lapan anak kapal lain yang terpaksa melakukan pendaratan cemas lewat petang Sabtu di Lapangan Terbang Labuan telah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendalian pesawat, dalam memastikan ianya selamat mendarat dan dalam keadaan terkawal, meskipun pendaratan dilakukan tanpa tayar.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, juruterbang dan anak kapal telah melakukan pendaratan secara profesional dan kerosakan yang dialami pesawat didapati minimum.

“Cara-cara dan teknik yang digunakan oleh juruterbang bersama anak-anak kapal dalam proses pendaratan adalah licin, yang mana pesawat dikawal dengan cara sepatutnya.

“Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada juruterbang dan anak kapal kerana telah melakukan pendaratan kecemasan dengan berjaya tanpa ada kecederaan dan kerosakan yang teruk pada pesawat,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kem Membedai TUDM Labuan pada Ahad.

Katanya, pengendalian dan pengawalan pesawat yang selamat mendarat itu adalah berikutan siri latihan simulator berterusan yang telah membantu mereka mengawal keadaan seperti yang berlaku petang Sabtu.

“Sikap kerja juruterbang dan anak-anak kapal yang profesional membolehkan kita melihat tidak ada nyawa terkorban dan harta kerajaan dapat diselamatkan,” katanya.

Affendi berkata, satu siasatan sedang dibuat bagi mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabkan kekaki pesawat ‘main landing gear' (di sebelah kanan) tersekat dan tidak berfungsi menyebabkan pendaratan tanpa tayar dilakukan.

“Pada masa ini, siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti kenapa ‘main landing gear' tidak dapat diturunkan, bagaimanapun kes seperti ini bukanlah kes terpencil, masalah sedemikian juga berlaku kepada pesawat lain di negara lain, namun sekiranya pengendalian tidak dilakukan dengan betul, sudah tentu akan ada kerosakan yang serius dan nyawa terkorban,” katanya.

Katanya, kem TUDM Membedai Labuan kini menempatkan empat buah pesawat C130 Hercules.

Sebuah pesawat angkut TUDM C130 Hercules daripada No 20 Squadron menghadapi masalah 'landing gear' - 'starboard side' yang menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat secara normal pada pukul 5.15 petang Sabtu dan setelah enam jam berlegar untuk membakar minyak di udara, pesawat berkenaan akhirya mendarat cemas dengan selamat.

Pesawat berkenaan dalam tugasan latihan lanjutan ke Pangkalan Udara Kuching, dan sebaik sahaja pesawat itu berlepas, juruterbang mendapati ada masalah teknikal dan telah berusaha menggunakan 'backup system' namun gagal.

Katanya, berikutan pendaratan cemas itu, Lapangan Terbang Labuan telah ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dibuat dan ada juga penerbangan yang dibatalkan. - Bernama

TUDM , C130

Artikel Sebelum

Pendaratan Cemas C130 TUDM Ikut SOP

Artikel Berikut

Isu Kenaikan Harga Minyak Dibincang Esok

Artikel Berkaitan

Pesawat TUDM Mendarat Cemas Di Kuching

Pesawat C130 TUDM Mendarat Cemas

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain