suria

Bot APMM Terbakar

Anggota bomba memadam kebakaran bot APMM di Jeti Kompleks Perikanan Kampung Acheh di Sitiawan, daerah Manjung awal pagi Sabtu. Foto ihsan JBPM

SITIAWAN: Dua bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terbakar di Jeti Kompleks Perikanan Kampung Acheh di sini, awal pagi Sabtu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Tajul Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 1.45 pagi sebelum lima anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bot sedang terbakar sehingga 90 peratus, manakala sebuah lagi hanya lima peratus kesan daripada terkena bahang bot tersebut.

"Bagaimanapun, semasa kejadian bot berkenaan kosong dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu," katanya.

Tajul berkata pihaknya mengambil masa hampir 15 minit untuk mengawal api dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira 3.28 pagi. - BERNAMA 

APMM

Artikel Sebelum

Bapa Jutawan: Itu Tak Benar

Artikel Berikut

Artikel Lain