Udang Harimau Dilelong RM35 Sekilo - Semasa | mStar

Udang Harimau Dilelong RM35 Sekilo

Gambar hiasan.

KEMAMAN: Udang Harimau bersaiz XXL dilelong pada harga RM35 sekilo pada Sabtu di tapak program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kerteh.

Harga biasa bagi udang itu ialah antara RM65 hingga RM70 sekilo.Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk M Saedon Ab Majid berkata tiga tan hasi laut seperti ikan, ketam dan sotong akan dilelong 20 hingga 50 peratus lebih murah.

Beliau berkata acara lelongan akan bermula selepas majlis perasmian GNN oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijangka berlangsung pukul 11 pagi.

"Selain itu akan turut diadakan acara menarik seperti pertunjukan akrobatik udara, demonstrasi masakan dan aktiviti beli-belah,” katanya kepada pemberita.

GNN julung kali ini yang berakhir pada Sabtu menampilkan 133 gerai jualan pelbagai produk hasil tani dan makanan laut, 43 gerai pameran dan 10 kaunter  perkhidmatan agensi  dan jabatan  kerajaan.

Tinjauan Bernama mendapati hujan renyai yang turun sejak awal pagi tidak menghalang orang ramai untuk membanjiri tapak program.

Seorang pengunjung Syuhada Razali, 42, berkata beliau teruja apabila dapat membeli pelbagai produk tani dan hasil laut dengan harga lebih murah.

"Tadi saya beli minyak masak lima kilogram pada harga RM19 dan ikan tongkol RM5 seekor,” katanya yang datang dari Kuala Lumpur untuk bercuti di rumah ibu bapanya di Paka.

udang harimau

Artikel Sebelum

Bot APMM Terbakar

Artikel Berikut

Makan Serendah RM3

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain