suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Kelima Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan seorang lagi lelaki tempatan kerana disyaki terlibat penipuan jualan rumah murah oleh syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk A. Thaiveegan berkata suspek berkenaan ditahan di sebuah restoran di Setapak di sini, Jumaat.

Beliau berkata lelaki berkenaan diserahkan kepada Bahagian JSJK Daerah Wangsa Maju untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Tiada sebarang rampasan dibuat manakala permohonan tahanan reman suspek akan dibuat pada Sabtu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, mengenai perkembangan empat lagi suspek yang telah ditahan iaitu Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman dan tiga lagi individu termasuk seorang wanita berumur lingkungan 30 hingga 45 tahun, Thaiveegan berkata mereka sedang menjalani tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, Perlis.

“Mereka direman selama dua hari bermula Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. - BERNAMA 

DBI, Boy Iman

Artikel Sebelum

Makan Serendah RM3

Artikel Berikut

Artikel Lain