suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat Lima

Keshvin dilapor terjatuh dari tingkap bilik rumahnya ketika dipercayai cuba memanjat tingkap untuk mengalihkan basikal yang tersangkut di ampaian. Foto kredit: Penang Kini

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera parah selepas terjatuh dari rumahnya di Tingkat Lima Flat Desa Relau 1 dekat sini hari ini pada Jumaat.

N.Keshvin dilapor terjatuh dari tingkap bilik rumahnya ketika dipercayai cuba memanjat tingkap untuk mengalihkan basikal yang tersangkut di ampaian.

Timbalan Ketua Polis Daerah (1) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Suptritenden Izwan Abdul Karim berkata dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak berkenaan dilapor membuka jeriji tingkap bilik itu dan membuang basikal melalui tingkap itu.

“Basikal yang dibuang dari tingkap itu dikatakan tersangkut di ampaian dan kanak-kanak itu cuba memanjat tingkap untuk mengalihkan basikal itu.

“Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor kritikal tetapi stabil,” katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu dilapor terjatuh di kawasan meletak kenderaan flat itu dan ditemui oleh penduduk flat berkenaan.

Izwan berkata semasa kejadian ibu kanak-kanak itu keluar untuk mengambil anak keduanya berusia enam tahun di sebuah tadika di Sungai Ara dan meninggalkan anak bongsu dari tiga beradik itu bersendirian di dalam rumah kerana sedang tidur di bilik utama.

Beliau berkata ibu mangsa hanya mengetahui mengenai kejadian itu daripada jiran yang menghubunginya dan menurut ibunya Keshvin adalah seorang yang hiperaktif.- Bernama

kanak-kanak, tingkat 5

Artikel Sebelum

Polis Tahan Wan Ji

Artikel Berikut

45 Militan Warga Asing Ditahan

Artikel Lain