suria

Kes Ibu Lacur Anak, Lagi Suspek Ditahan

MIRI: Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di Lawas bagi membantu siasatan kes seorang ibu yang didakwa melacurkan anak perempuannya.

Ketua Jabatah Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk S. Dev Kumar mengesahkan pihaknya menemui beberapa petunjuk berkaitan kes tersebut.

"Pada pukul 9.30 malam, 9 Oktober lalu, kami menahan seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di bandar Lawas. Kami merujuk remaja terbabit dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri itu untuk mendapatkan perlindungan," kata Dev.

Beliau berkata mereka tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci kerana siasatan sedang dijalankan.

Kes tersebut hangat diperkatakan pagi Ahad apabila ketua kampung membawa remaja perempuan itu untuk membuat laporan polis selepas mengetahui mengenai nasibnya.

Remaja itu mendakwa dia dirogol sebanyak tiga kali di sebuah hotel di Lawas oleh seorang lelaki yang telah membayar RM1,000 kepada pemilik pusat karaoke.

Ibu remaja itu didakwa bersubahat dengan pemilik pusat karaoke tersebut yang turut ditahan.

Dev berkata mereka yang telah melakukan hubungan seks dengan remaja tersebut juga akan didakwa kerana merogol.

kes lacur, Lawas

Artikel Sebelum

Dipenjara Kerana Tampar Isteri

Artikel Berikut

Artikel Lain