Dipenjara Kerana Tampar Isteri - Semasa | mStar

Dipenjara Kerana Tampar Isteri

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang suami yang menampar pipi serta memulas tangan isterinya hanya kerana perselisihan faham mengenai hak penjagaan anak membawa padah apabila lelaki itu di penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Saiful Putra Nurham,35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya Nor Zura Mohamed Zaki, 35, seorang jururawat.

Bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Masjid India, Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini pada 9.30 malam, 26 Ogos lepas.

Mahkamah memerintahkan Saiful yang bekerja sebagai pemandu itu menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap 28 Ogos 2017.

Dia itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa bersama tiga anaknya berusia sembilan, enam dan lima tahun berjumpa tertuduh di lokasi kejadian untuk berbincang berhubung hak penjagaan anak sebelum berlaku perselisihan faham.

Siasatan mendapati pasangan itu sedang menjalani proses penceraian.

Terdahulu, Saiful yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya dikenakan hukuman ringan atas alasan dia sudah menyesal dengan kesalahan tersebut dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa ASP Nom Phat Prackdit  memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.

Penjara , Polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kes Ibu Lacur Anak, Lagi Suspek Ditahan

Artikel Berkaitan

Bukan Setakat Khianat Buang Air Besar

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.