suria

Lebih 420,000 Calon Duduki PT3 Mulai Hari Ini

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh tekun menjawab peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tinjauan fotoBernama pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Seramai 425,251 calon mula menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di seluruh negara pada Isnin.

Jumlah itu antara lain merangkumi 394,458 calon sekolah menengah kebangsaan dan 10,949 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

Peperiksaan bermula sejurus selepas 8 pagi dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik diikuti Bahasa Inggeris dan Sains pada Selasa.

Pada Rabu menyaksikan calon menduduki antaranya kertas Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam manakala hari terakhir peperiksaan pada Khamis dijalankan antara lain dengan kertas peperiksaan bahasa.

PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sesetengah pelajar dilihat tidak melepaskan peluang untuk terus mengulang kaji sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Ibu bapa dan guru juga ada yang dilihat memberi kata-kata perangsang kepada pelajar mereka yang menduduki peperiksaan. - Bernama

PT3

Artikel Sebelum

Sabung Nyawa, 14 Jam Hanyut

Artikel Berikut

Kedai Dobi 'Lubuk' Penyamun

Artikel Lain