suria

Dr Hilmi Nafi Sokong Pesalah Mahkamah

Dr Hilmi Yahaya.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menafikan beliau atau mana-mana pihak daripada kementeriannya menyokong individu yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana menjalankan perkhidmatan pergigian tanpa tauliah.

Setiausaha Sulit Kanannya, Aziaan Ariffin berkata, pihaknya termasuk timbalan menteri kesihatan dan mana-mana anggota pentadbiran tidak pernah menyokong dan tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar peraturan negara.

Ia merujuk kepada mesej yang tular di media sosial apabila seorang individu yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan menjalankan perkhidmatan pergigian tanpa tauliah memuat naik status di Instagram bahawa perniagaannya mendapat sokongan pihak kementerian.

Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada 29 September lalu menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadap Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, dari Alor Setar, Kedah atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lalu.

Artikel Berikut

Sabung Nyawa, 14 Jam Hanyut

Artikel Lain