suria

“Kalau Ada Orang Jentik You...”

Kuan Chee Heng.

PETALING JAYA: Hati mana yang tidak terharu bila orang yang tidak dikenali sudi menghulurkan bantuan dan berbuat baik sesama manusia itulah yang harus dicontohi.

Begitulah juga yang menimpa seorang aktivis sosial ini hanya kerana loceng pintu pagar rumahnya tidak berfungsi selama beberapa hari kerana rosak.

Namun beliaulah insan yang paling tidak senang duduk, bimbang orang yang mahu bertandang ke rumahnya untuk meminta bantuan akan menyangka tiada sesiapa di rumah.

“Loceng rumah rosak. Ketuk mangga di pagar nanti, kakak akan keluar dari rumah,” kata Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng di halaman Facebooknya pada Jumaat, dengan merujuk ‘kakak’ adalah pembantu rumahnya.

'Posting' Kuan Chee Heng mengenai kerosakan loceng di pintu pagar rumahnya. Foto Facebook Kuan Chee Heng

Ia kemudiannya mendapat maklum balas seorang netizen yang sudi menawarkan bantuan untuk menghantar seseorang bagi membaiki loceng tersebut secara percuma.

Tawaran netizen berkenaan disambut baik di ruangan komen yang memuji kemuliaannya membantu Chee Heng.

“Mr Kuan, you tengok. You susah saja orang datang hulurkan bantuan. Kalau ada orang nak jentik you, mahu satu Malaysia turun tolong you,” kata seorang netizen.

“Anda menyentuh hati saya,” kata seorang lagi netizen yang memuji tindakan wanita tersebut.

Chee Heng berkata, pemberitahuan mengenai kerosakan loceng itu kerana bimbang ada yang menyangka tiada orang di rumah untuk mendapatkan bantuan mahupun menghantar sumbangan ke rumahnya di Puchong Utama di Puchong, Selangor.

Reaksi netizen berhubung tawaran untuk membantu Kuan Chee Heng.

Beliau terharu dengan tindakan rakyat Malaysia yang sentiasa menghulurkan bantuan, termasuk individu yang menawarkan bantuan untuk membaki loceng di pintu pagar rumahnya.

“Saya tabik hormat dengan mereka semua ni. Yang nak bantu baiki loceng tu boleh hubungi saya. Terima kasihlah,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat. 

Chee Heng berkata, banyak sumbangan yang dihantar ke kediamannya terutama bahan makanan seperti beras, tin sardin, minyak masak dan tepung.

“Ada yang datang minta bantuan sebab lapar, tak ada duit nak beli makanan. Kesian mereka, datanglah ambil bantuan di sini, hasil sumbangan orang ramai.

“Semua ini adalah untuk mereka yang lebih memerlukan dan kurang bernasib baik. Lebih ramai orang ambil, lagi ramai orang hantar dan bantu saya untuk masyarakat,” katanya.

Kuan Chee Heng

Artikel Sebelum

Rusuk Wanita Patah Ditumbuk Suami

Artikel Berikut

Tian Chua Dipenjara Sebulan

Artikel Lain