suria

Budak Perempuan 'Buli' Pembantu Rumah

Antara adegan dalam rakaman video tersebut.

PETALING JAYA: Kebiasaannya kita sering terdengar berita mengenai pembantu rumah mendera anak majikannya.

Namun berbeza pula dalam rakaman video berdurasi dua minit enam saat yang menjadi tular di laman media sosial apabila seorang budak perempuan dipercayai 'membuli' seorang wanita yang didakwa sebagai pembantu rumah keluarga terbabit.

Dalam rakaman itu, kanak-kanak perempuan tersebut menarik rambut mangsa dari arah belakang sehingga mangsa yang sedang memangku seorang budak lelaki hampir terjatuh.

Kedengaran suara seorang wanita yang sekadar memanggil nama budak tersebut dalam rakaman itu tetapi tiada tindakan diambil secara fizikal untuk menghentikan perbuatan kanank-kanak berkenaan.

Tanpa mempedulikan panggilan itu, budak perempuan tersebut kemudian bertindak memukul kepala sambil menarik rambut wanita tersebut.

Wanita itu bagaimanapun tidak melakukan apa-apa tindak balas dan hanya menahan kesakitan berdasarkan riak wajahnya dalam rakaman tersebut.

Tindakan biadap kanak-kanak itu mendapat kecaman di kalangan netizen.

Malah ada di kalangan netizen menyifatkan kanak-kanak itu mungkin seorang anak istimewa (autisme).

@Siti Khalijah berkata;"Maaf dari pandangan saya. Sebab ada kenyataan mungkin anak ini autisme. Saya ada anak buah yang autisme juga, umur lima tahun. Memang kanak-kanak istimewa ini tak turut perintah kita sebab dia tak faham apa-apa, tetapi setiap kali si kakak (autisme) memukul adiknya atau kawan-kawan sekeliling, ibunya akan ambil tindakan dengan menariknya ke tepi dan memarahinya.

"Bukan dengan cara yang kasar... sekadar marah-marah biasa hanya guna mulut. Tiada kekasaran tubuh badan. Hasilnya anak autisme itu lama-kelamaan faham. Lepas dia berkasar, dengar je suara si ibu atau ayah, dia berhenti. Mungkin lain kes dengan orang lain tapi saya sekadar kongsi dari pengalaman keluarga sendiri," katanya.

@Lyna Aliy berkata;"Maaf.. anak saya autisme tapi semua itu bukan alasan untuk anak-anak tak hormat orang lain. Benda macam ni kena balik cara kita didik anak kita. Mak bapa jangan putus asa ajar anak-anak kita kebaikan.

Menurut komen yang ditulis dalam video yang dimuatnaik tersebut, insiden itu dipercayai berlaku di negara Asia Barat.

Salah seorang pengguna Facebook mendakwa video itu turut dirakam salah seorang pembantu rumah keluarga tersebut untuk dijadikan bukti bahawa kanak-kanak berkenaan bertindak biadap.

"Yang merakam dan akak dirakam tu orang Filipina. Mereka tak boleh senang-senang nak marah anak orang Arab ni takut kena hukum.

"Yang merakam tu minta tolong kepada agensi Filipina agar pengasuh tu dapat pulang segera dan juga untuk bagi peringatan kepada di luar sana agar berhati-hati apabila berhijrah," tulisnya.

kes buli, pembantu rumah

Artikel Sebelum

Artikel Lain