Lagu Vida Kini Melanda Sekolah - Semasa | mStar

Lagu Vida Kini Melanda Sekolah

Paparan skrin video senamrobik berlatarkan lagu nyanyian Vida, 'I Am Me'. Sumber Facebook 'Krul Nizam' yang dikongsi di Facebook 'Kami Guru Malaysia'.

PETALING JAYA: Lagu nyanyian jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida terus menjadi kegilaan ramai tanpa mengira usia.

Walaupun lagu bertajuk ‘I Am Me’ disindir segelintir pihak sebagai ‘Ayam Mi’, tetapi semakin banyak parodi dibuat selepas klip video single pertama Vida dilancarkan minggu lalu.

Terbaharu, lagu yang kedengaran 'catchy' ini dimainkan semasa sesi senamrobik di sebuah sekolah rendah.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook ‘Krul Nizam’, lagu ‘I Am Me’ itu dimainkan di kawasan lapang yang menghimpunkan sekumpulan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Tagaroh di Kota Marudu, Sabah.

Malah, video berdurasi kira-kira seminit itu turut dikongsikan Krul Nizam di halaman Facebook ‘Kami Guru Malaysia’ pada petang Khamis.

Menariknya, jurulatih senamrobik yang mengendalikan sesi berkenaan berbaju warna merah jambu, warna yang begitu sinonim dengan Vida.

Setiap gerak tangan dan langkah jurulatih berkenaan diikut sekumpulan murid dengan diringi lagu Vida yang ceria dan bertenaga.

“Senamrobik awal pagi dengan iringan lagu Datuk Seri Vida,” kata Krul Nizam di laman sosial.

Krul Nizam atau nama sebenarnya Mohd Kamarul Nizam Jeffrah, 33, ketika dihubungi mStar Online berkata, lagu Vida itu dimainkan dalam sesi senamrobik selama kira-kira 40 minit pada pagi Rabu.

Mohd Kamarul yang juga guru SK Tagaroh berkata, sesi tersebut dikendalikan guru, Farid Liman, disertai lapan guru lagi dan kira-kira 250 murid.

"Kami selalu mengadakan sesi senamrobik di sekolah, dan semalam antara lagu yang digunakan adalah 'I Am Me' nyanyian Datuk Seri Vida.

"Lagu ini memang sesuai untuk senamrobik, kebanyakan guru dan murid memang sukakannya kerana mengikut rentak. Kami akan menggunakan lagu ini lagi untuk sesi senamrobik yang akan datang," kata Mohd Kamarul yang berkhidmat di SK Tagaroh selama lima tahun.

Rata-rata pengikut di halaman Facebook tersebut terutama dalam kalangan guru-guru menyifatkan lagu nyanyian Vida sebagai idea yang menarik untuk digunakan bagi aktiviti memanaskan badan dan kecergasan seperti senamrobik di sekolah.

Menurut salah seorang pengguna Facebook di ruangan komen, Zuraina Abdullah berkata: “Terbaik cikgu. Lupa nak buat macam ni masa PJ (Pendidikan Jasmani) pagi tadi. Minggu depan kita ‘warming up’ (memanaskan badan) macam ni.”

Nurul Husna Badrul Huzaini pula berkata: “Okay, dapat idea dah untuk senamrobik nanti.”

Video lirik berjudul 'I Am Me', ciptaan Edry Abdul Halim kini mencatatkan lebih sejuta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 13 Julai lalu.

Vida , I Am Me

Artikel Sebelum

Sindiket Pemerdagangan Manusia Tumpas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain