suria

8 Tips 'Havoc' Rumah Terbuka

Rumah terbuka menjadi perantara untuk beramah mesra dengan sanak-saudara dan rakan taulan. - Gambar hiasan Instagram/Rozitachewan1

MUSIM perayaan ini pasti ramai yang merancang untuk membuat majlis rumah terbuka.

Bukan sahaja dapat mendekatkan orang yang jauh, malah dapat menjamu mereka dengan pelbagai juadah enak. Namun, jangan jemput orang datang selagi anda belum semak perkara ini:

1. Hantar kad jemputan 

Kredit: Laman web Siti Sentral.

Siapa kata anda perlu cetak kad jemputan ke majlis rumah terbuka? Bukankah lebih mesra alam jika anda hantar kad digital menerusi Facebook, Instagram dan Whatsapp? Tapi kalau ada modal lebih, apa salahnya.

2. Bagi alamat

Jangan bagi kad jemputan tanpa alamat pula. Lebih bagus kalau anda lukiskan sendiri peta ke rumah anda atau tuliskan mercu tanda untuk memudahkan sanak-saudara dan rakan taulan mencari lokasi rumah anda. Waze kan ada?

3. Alu-alukan setiap tetamu

Kalau sudah namanya rumah terbuka, jangan terkejut jika ada tetamu yang tidak diundang turut datang beraya. Bukankah hari raya hari terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan kenalan baharu?

4. Hidangan saiz kecil

Lebih kecil, lebih bermakna. Jika anda sediakan hidangan dengan saiz yang lebih kecil, lebih mudah untuk para tetamu menjamah juadah yang disediakan dan pada masa sama boleh beramah mesra dengan tetamu lain. Tidak perlu tunggu giliran untuk duduk di meja makan.

5. Tetapkan tema

Kalau sudah hari raya, pesan pada para tetamu untuk berpakaian lengkap dengan baju raya masing-masing untuk memeriahkan lagi suasana Syawal.

6. Pasang lagu raya

Rumah terbuka anda pasti lebih 'havoc' dengan dendangan lagu raya. Tapi pastikan 'volume' pembesar suara tidak terlalu bingit supaya tidak mengganggu jiran tetangga pula.

7. Guestbook

Kredit: Laman web Pinterest.

Sebelum tetamu tiba, sediakan 'guestbook' dan kamera polaroid di pintu masuk rumah untuk merakam gambar kenangan bersama mereka.

8. Sukaneka raya

Sediakan papan congkak, dam haji atau batu Seremban untuk jadikan rumah terbuka anda lain daripada yang lain. Pasti lebih seronok jika dapat bermain permainan tradisional sambil menghirup air sirap.

Tips rumah terbuka ini inspirasi daripada Better Homes and Gardens.

Artikel Berikut

Artikel Lain