suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Rai Aidilfitri Bersama Kerabat Diraja Johor

JOHOR BARU: Rakyat Johor membanjiri Istana Pasir Pelangi pada Isnin untuk meraikan Aidilfitri bersama Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan kerabat diraja negeri itu.

Orang ramai tiba seawal pukul 9 pagi pada hari kedua Syawal dan disajikan dengan pelbagai juadah tempatan seperti ketupat dan lemang serta tidak ketinggalan piza.

Mengenakan baju kemeja berwarna gelap dan berseluar panjang hitam, Sultan Ibrahim menaiki buggy ke khemah pengunjung dan bersalaman dengan orang ramai.

Baginda meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk beramah mesra dan bergambar dengan orang ramai sebelum bergerak ke khemah diraja.

Antara pengunjung yang hadir ke majlis itu adalah pemandu Uber S Lawrence Khartik, 34, yang datang bersama anak perempuannya, Lysandra Latisha, 9.

"Saya mahu berjabat tangan dengan Tuanku tetapi tidak berpeluang berbuat demikian kerana orang begitu ramai.

"Namun saya gembira kerana dapat datang ke sini dan meraikan Aidilfitri bersama-sama kerana Tuanku sentiasa menekankan semangat perpaduan," katanya kepada The Star pada Isnin.

Sultan Ibrahim, Aidilfitri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain