Budak Perempuan Lemas Mandi Di Kolam Renang Hotel - Semasa | mStar

Budak Perempuan Lemas Mandi Di Kolam Renang Hotel

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah hotel dekat sini Ahad.Bapa mangsa, Mohd Fazlan Mohd Hashim, 37, berkata anaknya Nor Alyaa Zafirah mandi di kolam itu selepas selesai mengikuti satu program anjuran Sekolah Kebangsaan Khir Johari di sini.

Sementara itu, seorang guru sekolah berkenaan berkata hampir 60 murid mengikuti program Celik Minda yang dianjurkan setiap tahun bagi mendedahkan teknik menjawab soalan peperiksaan.

Seperti biasa, beliau berkata mereka akan dibenarkan untuk mandi di kolam renang apabila program tamat, bagaimanapun tidak semua murid turun ke kolam.

Kebanyakannya dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing.

"Kesemua mereka diawasi dengan rapi oleh kami malah kami sudah pun membunyikan wisel untuk memanggil semua murid naik.

"Bagaimanapun Encik Fazlan (bapa mangsa) mahu anaknya diberikan tempoh masa untuk berada di kolam renang dan berkata akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.48 malam dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian.

"Ketua operasi bersama lapan lagi pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian dan didapati mangsa lemas telah diangkat naik dari kolam oleh orang awam.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat pada pukul 8.06 malam," katanya. - BERNAMA

lemas , kolam renang , hotel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor

Agong cari penyelesaian terbaik