suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sampul Surat Cop Wisma Putra Dihantar Ke Kedutaan Korea Utara

KUALA LUMPUR: Kedutaan Korea Utara di sini menerima satu sampul surat yang mempunyai cop Kementerian Luar, Sabtu.

Seorang lelaki tidak dikenali yang memakai pakaian kasual tiba di pintu pagar kedutaan dan menyerahkan sampul surat berkenaan kepada seorang pegawai dari kedutaan.

Cop Kementerian Luar dapat dilihat tertera di atas sampul surat tersebut.

Terdahulu, pegawai kedutaan memberitahu wartawan yang menunggu di luar pintu pagar supaya memberi laluan kerana satu dokumen bakal dihantar.

Mereka bagaimanapun tidak akan mendedahkan kandungan sampul surat itu.

Bangunan kedutaan itu telah menjadi perhatian sejak pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain