Mangsa Banjir Di Kota Marudu Menurun Pagi Ini - Semasa | mStar

Mangsa Banjir Di Kota Marudu Menurun Pagi Ini

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Kota Marudu menurun kepada 2,750 orang daripada 843 keluarga di 11 pusat pemindahan setakat 8 pagi Khamis, berbanding 2,874 mangsa daripada 851 keluarga malam Rabu.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Kol. Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Teritipan, Dewan St. Theresa, Dewan Kampung (Kg) Lotong, Dewan KRT Salimandut, Dewan Komuniti Kota Marudu, Dewan Pusat Latihan Damai, Dewan Kg Asin-Asin, Dewan Kg Morion, Dewan Belia dan Sukan Tandek, Dewan Kg Masolog dan Dewan Kg Longob.

"Mangsa yang dipindahkan adalah dari 17 kampung di sekitar Kota Marudu iaitu Kampung Longob, Beliajung, Bengkongan, Talantang 1, Masalog, Magaratong, Rakit, Morion, Piso, Salimandut, Tandek, Asin-Asin, Lotong, Parong, Gorontung, Pancur dan Kampung Hatob," katanya dalam kenyataan Khamis.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan keselamatan mangsa yang tidak berpindah termasuk memastikan bekalan makanan mencukupi selama tiga hari sekiranya keadaan banjir berlarutan.

"Paras air yang menurun semalam meningkat semula pagi ini disebabkan air laut pasang. Bacaan paras Sungai Bongon pada 7 pagi tadi ialah 7.50 meter (m) berbanding 7.35m semalam, namun masih di paras waspada.


"Sungai Bandau pula mencatat 8.05m berbanding 6.0m semalam iaitu di bawah paras amaran disebabkan paras air laut pasang," katanya.

mangsa banjir , Kota Marudu

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain