suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nelayan Terjatuh Laut, Ditemui Mati Lemas

JOHOR BARU: Seorang nelayan yang hilang selepas terjatuh ke dalam laut di perairan Tanjung Piai, Pontian, dekat sini, Rabu, ditemukan mati lemas oleh orang awam pada Khamis.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Maritim Selatan, Kapten Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata, mayat Maslan Samedi, 51, dijumpai pada pukul 6 petang, kira-kira 300 meter dari tempat dia terjatuh iaitu berhampiran jeti nelayan Pangkalan Perpat Pungur.

Mayatnya kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamatkan mangsa yang dilancarkan sejak petang Rabu disertai pelbagai agensi termasuk Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, APMM dan nelayan tempatan.

Menurut APMM, mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil pekerja pembinaan pulau buatan di jeti Pangkalan Perpat Pungur, sebelum bot dikemudinya hilang kawalan lalu berpusing-pusing dan menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam laut. - Bernama

Artikel Lain