Kerusi PRU-14: Kit Siang Tunggu 'Mesej' DAP

Lim Kit Siang

GEORGE TOWN: Veteran DAP Lim Kit Siang masih belum muktamad tentang 'destinasi' dirinya pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Pulau Pinang, di mana anaknya, Lim Guan Eng menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau berkata: "Saya sedang menunggu mesej daripada kepimpinan parti ".

Kit Siang pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen apabila beliau memenangi kerusi Kota Melaka pada 1969.

Sejak itu, beliau telah bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur dan Johor.

Mengenai cakap-cakap bahawa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim akan mengambil alih kerusi Parlimen di Gelang Patah, Kit Siang sebaliknya telah mengemukakan pertanyaan itu kepada pemberita.

"Betulkah?," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP negeri di sini.

Terdahulu, Kit Siang berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar berbahasa Inggeris kerana menyiarkan berita palsu mengenai dirinya.

Sebuah artikel berita melaporkan bahawa Kit Siang dikatakan telah bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 3 Disember lalu untuk memeterai perjanjian mengenai siapa yang patut menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika Barisan Nasional berjaya digulingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Laporan itu mendakwa bahawa Datuk Mukhriz Mahathir akan menjadi Perdana Menteri manakala Kit Siang akan menjadi timbalannya.

"Saya tidak pernah pun membincangkan tentang persoalan ini dengan Dr Mahathir. Media arus perdana yang menerbitkan berita palsu itu mesti bertanggungjawab sepenuhnya," katanya.


Lim Kit Siang, PRU-14, Gelang Patah

Artikel Berikut

BR1M Bukan Rasuah - Mufti Perlis

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain