suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Curi Uniform Polis Adalah Palsu

Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan kebenaran berita kecurian 30 baju uniform anggota polis di sebuah kedai dobi di Subang Jaya.

Khalid melalui laman Twitternya, menafikan dakwaan kecurian berkenaan yang telah diviralkan di laman media sosial sejak Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari, dalam laman Facebook Polis Daerah Subang Jaya pula berkata dakwaan kecurian itu adalah cerita viral lama.

"Viral ini adalah palsu...Tiada kes seperti ini dilaporkan di daerah Subang Jaya (baru-baru ini)," katanya.

Mohammad Azlin turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita dan perlu memastikan kesahihan berita itu sebelum diviralkan.

Kes kecurian baju uniform polis itu dilaporkan pada Februari tahun lepas.

Seorang pemilik kedai dobi membuat laporan polis apabila menyedari sebanyak 30 helai uniform polis telah dicuri dari kedai itu selepas dipecah masuk.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Makan Tanpa Ragu Di Taiwan

Artikel Lain