suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Gudang Perabot Di Sungai Bakap Hangus

GAMBAR HIASAN

NIBONG TEBAL: Tiga gudang sebuah kilang perabot di Jalan Tasek, Sungai Bakap di sini, musnah dalam kebakaran pada Ahad.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Rosmaidi Baharuddin berkata pihak bomba menerima panggilan pada 6.11 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap tiba kira-kira 11 minit kemudian.

"Semasa pihak bomba tiba di tempat kejadian, tiga buah gudang itu yang terletak berdekatan sedang terbakar dan api marak.

 "Gudang-gudang itu merupakan tempat penyimpanan kayu dan barangan plastik untuk membuat perabot, selain itu terdapat beberapa mesin," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihak bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada 8.15 pagi dan semasa kejadian tiada pekerja di situ.

Sementara itu, pemilik kilang berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lam, 53, mendakwa kerugian lebih 1 juta akibat kebakaran itu. - BERNAMA

Kebakaran

Artikel Lain