Pemandu Bas Hanya Rehat Tiga Jam - Semasa | mStar

Pemandu Bas Hanya Rehat Tiga Jam

GEORGE TOWN: Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan hingga meragut 14 nyawa penumpang hanya mempunyai masa rehat selama tiga jam sebelum meneruskan perjalanan.

Saudaranya, Syahril Redzwan yang juga seorang peguam berkata, Zakeer Zubir telah memandu selama sembilan jam iaitu berlepas dari Pulau Pinang pada pukul 2 petang pada Jumaat dan tiba di Johor Baru pada pukul 11 ​​malam.

"Dia hanya mempunyai tiga jam masa rehat sebelum memandu semula pada pukul 2 pagi," katanya kepada pemberita selepas upacara pengebumian Zakeer, 32.

Bayi perempuan Zakeer, Nur Natasya Zahara juga meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Kedua-dua mayat dikebumikan dalam satu liang hahat.

Mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Jamek Hashim Yahaya, Jalan Perak pada Ahad.

Isterinya Marsi Kemart, dipercayai warga Indonesia juga berada di dalam bas yang dipandu Allahyarham.

Beliau terselamat dan kini berada di sebuah hospital di Johor.

Syahril berkata keluarganya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat bas, Goldstar Express, selepas pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan mereka.

Selain itu bapa saudara Zakeer, Abdul Shukoor Abdul Rahim, 63, berkata, keluarganya juga mahu penjelasan daripada syarikat itu mengapa Zakeer tidak mempunyai pembantu pemandu.

Beliau berkata, wakil syarikat itu telah bertemu dengan mereka pada Sabtu selepas kemalangan itu tetapi dia tidak berpuas hati dengan jawapan mereka.

Beliau juga menjelaskan bahawa Zakeer bukan seorang pemandu bas ekspres seperti yang dilaporkan sebelum ini kerana dia hanya memulakan kerja berkenaan sejak tiga bulan lalu.

"Sebelum bekerja dengan syarikat itu, dia adalah seorang pemandu bas kilang dan peniaga kecil," katanya.

Ibu Zakeer, Rasidah Abdul Rahim, 61, memberitahu pemberita bahawa dia sempat bertemu anaknya itu sebelum memulakan perjalanan.

"Dia memberitahu saya bahawa dia telah bosan dengan kerja itu dan mahu berhenti.

"Kemudian dia meminta saya untuk menjaga dua orang anak perempuannya kerana dia mahu isteri dan bayi mereka menemaninya dalam perjalanan kali ini," katanya.

Rasidah berkata ia adalah kali pertama dia mahu isterinya menemaninya dalam perjalanan bas.

Zakeer Zubir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Tapis Pelajar Asing Elak Pengganas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain