suria

13 Jasad Mangsa Tragedi Bas Pagoh Sudah Dituntut

Jenazah Mohd Hisham Wahab dibawa keluar dari rumah mayat Hospital Sultanah Fatimah untuk dibawa pulang ke Kampung Rawai, Marang, Terengganu. -fotoBERNAMA

MUAR: Dua lagi jasad mangsa kemalangan bas ekspres di KM137.3 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pagoh semalam, dituntut waris mereka, menjadikan kesemua 13 jasad telah dituntut setakat 11 pagi Ahad.

Dua jasad itu ialah Mohd Hisham Wahab, 32, dan Wong Kok Chan, 32.

Jenazah Allahyarham Mohd Hisham yang dituntut bapanya Wahab Jusoh, 60, dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultanah Fatimah (HPSF), di sini kira-kira 10.35 pagi untuk dibawa pulang ke Kampung Rawai, Marang, Terengganu.


Jasad mendiang Wong Kok Chan dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultanah Fatimah untuk dibawa pulang ke Temiang, Seremban. -fotoBERNAMA

Jasad mendiang Wong yang dituntut abang sulungnya Wong Kok Huen, 40, pula dibawa keluar lima minit kemudian untuk dibawa pulang ke Seremban, Negeri Sembilan.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan rumah mayat itu dengan anggota keluarga dan kenalan mangsa yang berada di situ dilihat begitu sedih dan sayu.

Sementara itu, jenazah Abdullah Hadi Yusof, 47, yang merupakan warganegara India sudah dibuat pengecaman oleh rakan-rakannya.

Jenazah ahli perniagaan itu, bagaimanapun dijangka dihantar pulang ke Tiruchirappalli, Tamil Nadu, India esok selepas proses dokumen diselesaikan pihak terlibat.

Setakat 9.15 malam tadi, enam jasad mangsa iaitu Nor Saidatul Akmal Idris, Nur Amira Izzaty Mohd Razip,G. Palanivelan, V. Renugah, Zakeer Zubir danNur Natasya Zahara Zakeer sudah dituntut keluarga masing-masing.

Jasad Suriyah Abd Hamid, Faridah Tamron, Hazimah Mustafa, Au Poi Kiew dan Hamimah Mammu kemudian turut dituntut waris mereka selepas itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain