suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut Kereta Dinaiki Terbabas Langgar Pokok

KUALA LUMPUR: Tiga orang, dua daripadanya wanita, maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pokok di KM13.7 Lebuhraya Damansara Puchong dekat sini, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata mangsa, Lee Ka Peng, 31, Lee Siew Pheng, 23, dan Lai Pei Jian, 25, maut dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu apabila kereta jenis Honda Civic dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas.

"Kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata mayat kesemua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.15 pagi dan mengerahkan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dan Seksyen 7 ke lokasi kejadian. -- Bernama

Artikel Lain