suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pihak Berkuasa Siap Sedia Serangan Balas Abu Sayyaf

Nur Jazlan Mohamed.

JOHOR BARU: Pihak berkuasa dalam keadaan bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan serangan balas kumpulan Abu Sayyaf susulan pembunuhan ketuanya dalam satu cubaan menculik nelayan di Semporna minggu lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata polis tidak menolak sebarang serangan balas daripada kumpulan tersebut susulan kematian salah seorang pemimpinnya.

"Jika mereka mahu balas dendam, polis sudah dalam keadaan siap sedia," katanya selepas melawat rumah kebajikan Kuan Yin di Taman Bukit Kempas pada Sabtu.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Sabah berjaya menggagalkan cubaan culik di Semporna.

Pihak berkuasa Filipina mengesahkan pemimpin Abu Sayyaf antara tiga warga Filipina yang maut.

Abu Sayyaf, kes culik Semporna

Artikel Lain