suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Tinjau Masalah Hakisan Di Pantai Nenasi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melihat hakisan yang berlaku di Kampung Nenasi Pantai, Sabtu. Beliau meluangkan masa sehari untuk berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk selain mendengar masalah rakyat Parlimen Pekan.

PEKAN: Masalah hakisan di pantai Nenasi, dekat sini mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turun padang untuk meninjau sendiri masalah tersebut.

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau keadaan itu termasuk mendengar taklimat daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang Datuk Ir Shaharuddin Ibrahim tentang langkah mengatasi masalah itu.

Ketika ditemui pemberita selepas tinjauan itu, Shaharuddin berkata perdana menteri meminta projek menahan hakisan pantai dengan pembinaan benteng hakisan  perlu dibuat segera dengan peruntukan RM5 juta yang diluluskan kerajaan.

"Kalau hendak ikutkan kawasan aktiviti ekonomi yang terjejas dengan hakisan pantai ini adalah sepanjang dua kilometer di Nenasi ini yang memerlukan kos RM25 juta untuk projek menahan hakisan ini.

"Namun perdana menteri meminta jabatan supaya melaksanakan dahulu projek yang sudah ada peruntukan dan akan mempertimbang peruntukan (lain) pada masa depan.

"Menerusi peruntukan RM5 juta ini, kita buat projek menangani masalah hakisan pantai ini untuk jarak sepanjang 600 meter dahulu yang melibatkan kawasan rumah penduduk sehingga ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Kee Wha ini," katanya.

Shaharuddin berkata bagaimanapun sebelum projek itu dilaksanakan, pihaknya perlu melakukan kajian menyeluruh dengan projek dijangka bermula Ogos tahun depan dan akan mengambil tempoh 10 bulan untuk siap.

Terdahulu, Najib turut meninjau keadaan di Kompleks dan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini.-- Bernama

Nenasi, Najib, JPS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain